Wednesday, July 27, 2011

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185) 

                 RamaDhan Yang Di RindUI..

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
 (Al-Baqarah ayat:183)



"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui" (Al-Baqarah ayat:184)

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur".
 (Al-Baqarah ayat:185)

"Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun".       (Bukhari-Muslim)

Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,

Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.

BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN
.
                                                                                                      - Artikel iluvislam.com

Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dengan lirik

Sunday, July 24, 2011

kenangan dulu-dulu......


‘’KISAH KAMI’’
                                          ‘’KISAH KAMI’’
Bismillahhirahmannirrahim..
Alhamdulillah,diri ini masih diberi kesempatan untuk mengucapkan syukur pada yang ESA..atas nikmat yang tidak terhinggaNYA,dapat lagi aku meneruskan hidup dimuka bumi yang fana ini..Alhamdulillah…
hemm..tetiba teringat plak aku pada satu kisah zaman persekolahan aku dulu..kisah ni memang tak pernah sekali dapat aku lupakan…peristiwa ni da hampIr 3tahun berlalu..memang da lame..


kisahnya macam ni..

Al~kisah bermula….jeng..jeng..jeng..
Dipagi hening yang menusuk rongga hidungku,taktala angin bayu mula menghembus lembut,(sekitar jam12.45ngah malam)..arghhh!!,krUkk!!..koyakkan kertas kajang yang kelima aku lakukan,nak cari idea dikir la katakan..siang2x xley nk ‘’masak’’ idea ea..xbest!!xde feel ahh kate 0mputeh..humm..’’xtid0 lagi?’’terdengar satu suara yang mulanya xpasti datangnya dari mane..budak bilik depan upenye..’’lom lagi’’jawab aku sp0ntan..xley cakap banyak2x..takut idea lari..haha..tanpa menghiraukan perjalanan budak depan bilik aku tuhh,,dapat plak 1 idea..Alhamdulillah..tersengeh-sengeh la aku se0rang diri..

DEQYA da berapa kali pesan suh tutup pintu,silau ahh katakan..last-last sekali die tutup muka ngn bantal aje..kesian-kesian..haha..da nasib!!..kerah punya kerah da kul1 lebih…ngantuk giler-giler dibuatnya..Fuhh!!nampaknya kene tangguh lagi ler,tapi nasib baik malam tu sempat jugak siapkan 2lagu..tak de ahh pening2 tuk keesokan harinya..coz besoknya aku akan tolong emy plop..hehe..keje pendikir camni ler..xheran pun,.hemm..hari pun nak ale ke sinag da..mataku da dijemput tempat beradu,kepala pun da dijemput bantal..hehe..

Keesokan harinya..jeng..jeng..jeng..Aku ke kelas macam biase..ade mase kosong aku,Emy & Ang cube ejas lirik dikir..kali ni agak rumit sikit ahh bagi kit0rang,c0z..nak tampilkan kelainan bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah..sekaligus nak tinggalkan kenangan lagu2 dikir yang baru untuk adeq2 DQ,,serta yang penting akan menjadi pencetus idea buat pelapis2 ahli Dikir Timuran Islam..yang sentiasa menjadi sebab utama ptri2 DQ nak ke p0gram L.PENERANGAN…huumm..blik kelas Mirah ade gitau yang kit0rang perlu cepatkan pr0ses latihan..almaklum la..bukan sh0w dikir aje yang perlukan latihan dan persediaan..banyak agih..nasyid,iklan,marhaban n banyak lagi la..hemm hari tu..4 buah lirik lagu dikir yang masih segar pon siap laa..Alhamdulillah..pe agi..mase untuk Test macam mane bunyi lagu yang kami da siapkan ni la..hemm..macam kerenah..gelak ketawa menghuni tempat latihan kami..seronok la yang pasti,,kitorang happy sangat waktu tuhh..ape yang penting??KERJASAMA!!hehe…

kegembiraan jelas terpancar pada wajah kengkawanku..gembiranya..sesi latihan(TalaQQi)petang tu diakhiri ngan lawak sp0ntan EMY & kembarku(ALIFAH)hehe..kembar xseiras..huhu..satu lagi nak tau aku kene buat sh0w pe?Nasyid w0oo..xpernah sepanjang hidup aku..ahaa..sape ahh punye idea letak aku lam senarai ahli nasyid..xpe ahh demi p0gram last,,kuturutkan jue…orang lain xde pon merungut..xkan aku nak buat hal kot..Malam tu aku ade latihan nasyid l0p..pi latihan 2 buat lam bilik aje kan nak kasi kejutan kat adeq2 tersayang yang bakal kit0rang tinggalkan..emm..huk3x..sedih ahh plak bila diingat2kan kembali..cHewwwahh!!berjiwe laa plak aku malam2 cmni..kuwa2..tapi emg sedih pon waktu tu..sedih sekali nak tinggalkan kengkawan,bukan tinggal nak mati pon,pi tinggal,maksudnya (berpisah antara jasad) I’allah Qalbi tak..Aminnn..0keh,,sambung mula..sebutla p0gram terakhirkan..malam perpisahan,lagu plak kene ahh cari yang sedih2..yang menusuk aje lam hati dan kalbu sape2 aje yang dengar,fuhh!!malam yang suram bertambah syahdu la mak 0i!!!!uwaaaaa =’( ..tamatla sudah sesi latihan malam tu..

hari yang dinantikan adeq2 makin hampir..persiapan kami dari AKAQ2 ROBE’ THANAWI09 sudah mulai kelihatan..pelbagai bentuk persiapan yang ingin dipersembahkan kepada ade2 ptri MDQ mula menampakkan sinar&gemerlapannya malam kami nanti..berulang alik,bertungkus lumus menyiapkan pentas dan dewan..bagai ingin mengundang PUTERI GUNUNG LEDANG DARI NEGERI KAYANGAN..ingin kami rasai persiapan yang kami siapkan itu bagai melihat sebuah istana kaca yang penuh dengan kerdipan bintang2 yang meghiasi malam hari..gembira dihati kami tidak terkira,ape lagi hatiku saat itu..selembar senyuman aku titipkan buat segala usaha yang telah kami usahakan..debaran dihatiku mula terasa,cuba bayangkan bagaimana keadaannya andai dewan itu dipenuhi kehadiran penonton,,yang jua adeq2 ptri MDQ kami yang tercinta…Alangkah meriahnya..

Akhirnya..pentas yang menjadi tunggak utama majlis bersejarah kami telah pun tersedia..tersergam indah dihadapan mata..kelihatan belon2..linkaran kertas bewarna warni akan mewarnai malam yang bakal kami acarakan..Alhamdulillah..syukur kehadratNya..semua tersenyum ceria,bagai tak terkata rasanya..melihat usaha yang telah kami semua kerahkan menjadi satu mutu kerja yang mampu untuk dibanggakan..

TETAPI!!!!!!LAILAHAILLAALLAH..YA ALLAH…tanpa ku sangka langit yang kusangkakan cerah.kini hujan yang mencurah2..PrAppp!!!!!!terasa patah,rapuh,runtuh,renyuk hati kami apabila dikhabarkan 1 BERITA…terlopong mulut2 setiap se0rang bagai mendapat satu berita KEMATIAN..tapi bukan itu yang aku maksudkan..TAPI!!!!....kami tidak dibenarkan untuk membuat persembahan kali terakhir kami didalam DEWAN yang telah kami siapkan dengan segala persiapan..KENAPA???!!ape dosa kami??walau dalam kemarahan hati yang membara..kami kuatkan langkah demi untuk kami tinggalkan 1KENANGAN..buat adeq2 ptri DQ yang bakal kami tinggalkan…
Akhirnya pentas buruk yang hampir runtuh(pentas BUdaya)menjadi medan persembahan kami yang terakhir..dengan kesuntukan masa yang ketara..jua kemarahan hati hingga merobek jiwe..kami membuat persediaan dengan linangan Air Mata(perpisahan,kemarahan,kekecewaan)..di pentas itu..yang penuh dengan kedhai’fan..hanya bertindankan papan untuk mengukuhkan kedudukan kami apabila membuat persembahan..hati kami bagai direntap dengan tali bersalut api,bayangkan…..usaha kami menjadi sia2..dengan kami terpaksa menyuruh adeq2 membawa turun tikar sendiri untuk dijadikan alas duduk.sedihya tidak terkata,,pilunye hati2 kami yang merasa..
YARabb!!!..setitis demi setitis air mata kami apabila terpaksa kami koyakkan ape yang telah kami siapkan..melihat pada keadaan pentas yang uzur dan perlukan pembaik pulih,kami kuatkan usaha sekuat tenaga semata-mata untuk siapkan malam yang kami telah rencanakan..adeq2 mula bertanya..kenapa kami bertukar Destinasi???prApp!!!hati kami bagai disentap lagi,dengan persoalan yang ditujukan..hanya linangan air mata yang mampu kami berikan sebagai JAWAPAN!!!..
Persiapan yang tidak seberapa telah kami persiapkan..kini tibalah masa untuk kami membuat membuat pengumuman sebagai jemputan sebelum persembahan dimulakan..sungguh berat rasanya bila mulut ingin mengumumkan tempat di mana kami akan tinggalkan semua kenangan..tapi,apakan daya..kita hanya mampu merancang..Allah lah sebaik2 perancang dan Maha Menentukan..
malam itu berlansung dengan pelbagai rasa..sedih,suka,gembira,tawa dan duka menghuni perkarangan padang Boling..Di awal persembahan dengan pergunaan mike,dan diberi arahan untuk diberhentikan pergunaan mike kerana sampai kepihak muslimin..kami akur jua..sekali lagi bagai tiada erti malam kami..Tapi..kami tetap BERSYUKUR..masih diberi kesempatan untuk kami meninggalkan kenangan itu kepada adeq2 kami..walaupun didalam hati dan fikiran kami masih terkesan dengan kejadian yang menimpa..kami tetap akan kuatkan langkah..
demi MDQ TERCINTA..kerana di MDQ la…bermulanya…..


’’KISAH KAMI’’……………………>___<




                                                                                    

Friday, July 22, 2011

Apa Khabar RAMADHAN..



**Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. [Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi]
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. [Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi]
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]
Daripada Abi Soleh az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad di tangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. [Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi]
PENERANGAN/ PENGAJARAN HADIS
Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
Pintu Syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu Neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hamba-Nya yang taat beribadat dan menurut segala perintah-Nya.
Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan Syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas Syaitan jika kita lalai.
Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
Dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap...
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur
( Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 185)

Saturday, July 9, 2011

AL FATIHAH

AL FATIHAH BUAT SAUDARA SERTA SAUDARI KITA YANG TERKOBAN DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 9JULAI2011...SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA-HAMBANYA YANG INGIN MERASAI KEMANISAN SYAHID..FISABILILLAH..AMIN...

Pemimpin yang rela bekorban....

Suka Duka perhimpunan BERSIH 2.0 9julai2011

'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'
 A.samad said..
kaki patah..bukti kekejaman...