Monday, December 26, 2011




Ku utuskan bayu
 menggantikan rindu
 buatmu temanku
yang sudah lama tidak bertemu..

 Janji dulu masih terpaku
 tika kita diDQ dahulu
 kita bersama duduk dibangku
 sambil mendongak ke langit biru..

 Duhai temanku yang dirindu
 tidak pernah sekali ku merasa jemu
 mengingatimu selalu
 disetiap penjuru waktu..

 Duhai teman buah hatiku
 ingin sekali ku mengatakan sesuatu
sudah lama terbuku rindu
Di saat mu jauh beribu batu..

 Tika hati mula menjengah kememori lalu
seakan fikiranku mula ingin menangkis bayu
yang seakan hadir tikaku sendu
 dan pergi meninggalkan syahdu..

 Aku bersyukur mengenalimu
duhai teman penyejuk kalbuku
terima kasih dariku buatmu
 kerna,,
,tanpamu dulu siapalah aku..

 Terima kasihku buatmu
sudi menerima dalam apa jua kelemahanku
 maafkan segala salahku kerna,,
 keranaku dirimu pernah terluka..

 Jika dulu aku pernah merasa sepi
 tapi kini hanya bahagia menghiasi diri
Jika dulu aku pernah merasa sunyi
tapi kini setiap kenangan kurasakan indah
 dengan hadirnya..................
WANISYAHIARETUN NADLAIMIEHAFIE (^_^)


                                                                                  Nukilan Hati : Tuan BLog

Sunday, December 25, 2011


“ Maafkan Teman “

                                                

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak yang memukul pantai
Hatiku sayu
Bila mengenangkan
Perpisahan yang tiada diundang..

Bertahun kita melangkah bersama
Se-ia cita-cita buat bekalan disana
Harapan ayahbonda janji pada agama
Kitakan terus mara,walaupun badai melanda..

Kita hanya mampu berusaha
hanya Allah menentukannya
segalanya adalah miliknya
dalam berusaha kita diuji
kekedang tohmah kita dicaci
diturutkan rasa hati
ingin dilepaskan beban ini..

Mujur ada…Teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita yang dibina

(ulang)
Semoga bersama..kitakan dirahmati..oh teman…

…far-east..


~Autum In My HearT!!!!~


Salam buat semua…emm..sedikit perkongsian hati yang ingin saye titipkan buat teman yang sudi mendengar..

                                                   

Bagaimana haruskan mulakan bicara hati ini..kerna ianya tak sepahit yang ditelan..pahit yang meRAJA diri tak mampu untuk diri ini ungkapkan..
Hujan renyai di ufuk senja..mengingatkanku pada suatu peristiwa..Yang bila dikenang-kenangkan menusuk dada..terasa Sebak hiba Jiwa puN mer0nta..Menahan asakan jiwa yang mengganas untuk mengalirkan air kemuara Duka..Hatiku bagai Direntap jarum Kesuma,,bagai terdetap kedalam jiwe menerkam minda..kusisirkan satu-persatu Untaian kata..agar tiada hati yang terluka,,Resahku yang lama masih terasa tidak saggup rasanya hendak ku Asah semula..semua ceritaku rasakan dusta..bersama linangan aIrmatA =,( tanda Bukti cInta..bagaI tiDak perCaya..dalam Sekelip maTa ImpIan ku Musnah!!! Bagai tiada harga..Impian yang mulanya hanyalah dengan satu kebetulan yang tak diduGa..tiBa-tiba Ianya menjadi permulaan pertamakU mengenali Erti bahagia..peristiwa itu amat membuat diriku teruja..dalam masa yang sama hanya aku dan diriku sahaja yang mengetahui segala-galanya..aku tidak berkongsi dengan sesiapa..kerna aku bukanlaH se0rang yang mudah untuk mentaFsIr si penyiMpan Rahsia..aku mula sedikit sebanyak tidak tertanggung merasa..bila Diri tiada peneman bicara,,tahun yang ke2 kumula mencari teman peluah rahsia dan tempatku meminta kata biCara..AlhamdulillaH..Dia se0rang yang daPat di ambil kata putusnya..semakin hari semakin kumula bers0aL Tanya pada kata Hati dan MinDa..Aku tidak pernah mengenalinya..apatahlagi berbicara tentang prihal pribadinya..Aku diam dari menuturkan kata-kata yang bisa membuatku kehilangan segala-galanya..andainya aku memulakan bicara..bimbang ada hati yang terluka atau menyebarkan yang tidak sepatutnya..Aku selalu Cemas tak beralasan..fikiranku tidak pernah lekang dari mengingati pristiwa pertama yang pernah terjadi..mugkin aku terlalu keliru pada Waktu itu,,Dan mungkin jua..menjadi satu kegembiraaN sebab utama kenapa Hatiku begitu Teruja..Tidak pernah diketuk Oleh sesiapa..Dan Dial ah Insane pertama yang membuat hatiku tidak mampu Untuk Berkata apa-apa~…Dan kini segalanya sudah Menjadi satu Kisah dOngeng didalam Diari Hidupku,,ku tahu dan kusedar diriku tidak sesempurna dia..daN ku akur Andai ini jawapan tanda Berakhirnya kisah DOngengku selama 6 tahun ini..’’Laki2 yang baik adalah buat perempuan yang baik’’..Aku berserah segalanya kepada Pemilik segala CINTA..Allah Rabbul Arsy..hanya DIA penentu segala Urusan Didunia,,DIA jua yang mengetahui tiap sesuatu yang ghaib..DIA lah jua yang mengetahui segala apa yang berada jauh didalam lubuk Hatiku..Aku senantiasa berdOa,Andai Hatinya bukan buat insane sepertiku bukan jua ditakdirkan Untukku..Tabahkanlah Hatiku Untuk menerima segala TakdirMU ini..andai ada kerelaan di Hatinya untuk Hati insane yang ingin Dia Miliki..Biarkanlah Hatinya jatuh pada hati insane yang tahu untuk menilai batas-batas Ukhrawi..Dan ku berpesan pada hati ini..Tabahkanlah atas segala kemungkinan yang telah dan akan menguji diri..kerna kujua tahu dan mengerti..yang PeRTAMa bukan mudah untuk mana-mana Hati melupakan..                                                         

                                                                                                     Rahsia Hati910509









Sesungguhnya mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi ..bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi sesetengah orang yang dianggap kurang bernasib baik ………..apatah lagi dizaman sekarang masih terdapat ramai golongan yang boleh dikategorikan sebagai golongan yang miskin dan tidak berpendapatan rendah .Aku ingin memaparkan satu kisah berdasarkan pemerhatianku…
         
 Tanggal 22disember2011 sekitar jam 3 petang ……
Kelihatan seorang perempuan bersama seorang anak…….
Dia datang ke kedaiku dengan menaiki sebuah motosikal yang boleh dikira sudah tidak mampu untuk dinaiki lagi jika dilihatkan secara logik akal daripada keadaan motosikal itu.Dia datang dan meminta kebenaran untuk mengutip sampah yang berlonggok –longgok dihadapan kedaiku dengan keadaan kusyen motosikal yang teramat uzur ditampal dengan guni beras ….lampu hadapan ,sisi yang sudah tidak kelihatan mentolnya...(pecah)….sungguh menyayatkan hati …..


Aku mengangguk kepala tanda setuju..Ku terpaku dan terkedu,, dalam fikiranku mula tertanya-tanya...Masih ada lagikah insan yang sanggup melakukan pekerjaan sebegitu ?....aku terdiam seribu bahasa …lidahku kelu tak berkata …tabahnya wanita itu,cekalnya hati wanita yang berada dihadapanku ini …tiada sedikit pun perasaan malu pada dirinya apatah lagi terlihat di wajahnya …demi mendapatkan  sesuap nasi ,demi mencari rezeki yang halal...Ya Allah ….dengan pakaiannya yang koyak rabak …sayu hatiku melihat keadaan wanita itu dan anaknya…rupanya masih ada lagi insan yang lebih malang sebegitu …..Aku bagaikan patung ..terpaku memandang kearah wanita tabah itu mengutip segala sampah sarap tanpa meninggalkan sebarang sisa …anak kecil itu melihat ibunya …mungkin anak itu mengerti apa yang dilakukan ibunya…peluh yang mengalir jelas kelihatan ….seakan menunjukkan akan kepayahan dan keletihan seharian wanita itu mencari rezeki…
Aku Ingin setabah dan seCEKAL wanita itu….~~~…….~~~
                                          


                            >>,,Hatiku Berbisik,,<<


Menjadi yang sempurna itu bukan senang,menjadi yang indah itu bukan mudah . 

Apakah yang dimahukan atau apakah yang menjadi impian bagi seorang wanita seusiaku?.....belajar~berjaya~bekerjaya~bahagia …..itulah soalan yang sentiasa berlegar-legar dikotak fikiranku ….rentetan hidupku selama ini hanya mampu kukumpulkan berjuta-juta soalan yang sentiasa menjengah difikiran.Setiap ujian yang menimpaku selama ini yang kadangkala mengheret aku untuk merungkai satu-persatu maksud tiap satu ujian yang menimpa diri..kenapa aku diuji, dan kenapa pula aku yang diuji sebegitu?....padahal ianya bukan kemahuanku..
Adakalanya diri dan hatiku tidak mampu untuk menerima kesimpulan yang telah dibuat oleh otakku …Adakalanya juga diriku sudah mampu menerima sesuatu perkara yang terjadi tanpa perlu kuberfikir untuk kedua kali …apatah lagi untukku mengkaji lagi..

Friday, December 16, 2011

Resepi Cinta Ibnu Athaillah


Pertama: Rasa cinta kita kepada Allah yang luar biasa. Rasa cinta yang menggetarkan dinding hati. Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan mendalam kepada Allah. Cinta kepada yang selain dari-Nya akan lenyap dan terusir dengan sendirinya seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.

Kedua: Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat, sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana. Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah, maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain. Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain......

Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta..

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''
 Astaghfirullah.
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.
Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?...

Thursday, December 15, 2011

INSYAALLAH MUJARAB!!!








KAPSUL DHAB....






       




           *DENGAN HARGA HANYA RM25.00 SAHAJA!!!
               * Untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci...
                   *Sila hubungi :0148014505(Ibrahim Abdullah)
         
                       

Friday, December 2, 2011



Ape yang kurasakan malam ini…??,,
  Fikiran mula berfikir..
…………………………………………………..
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….    Kosong fikiranku malam ini..
                               Buzz!!!
                       



………………….-------------------……………………….
Tibe-tibe hatiku berbisik..





**hatiku gundah gulana
Jiwaku menangis tersiksa
Akibat menahan sebak didada
Yang selama ini terkunci penuh duka..

**Aliran mutiara jernih mula menitis
Memberi hangatan pada hati yang terguris
Fikiranku cuba untuk menangkis
Rasa yang tidak henti-henti untuk menangis..

**dikejauhan pantai mula menyapa
Terasa sedan sendu menusuk jiwa
Alangkah indahnya hidup jika hanya bahgia
Tetapi itulah hakikatnya hidup didunia yang fana..

**hatiku tidah pernah berhenti berbicara
Berbicara tentang suka mahupun duka
Kisah baru atau dahulu kala
Ianya tetap bersemadi selamanya…                   


     ....................~Nukilan Abadi~tuan Blog......910509