Sunday, December 25, 2011









Sesungguhnya mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi ..bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi sesetengah orang yang dianggap kurang bernasib baik ………..apatah lagi dizaman sekarang masih terdapat ramai golongan yang boleh dikategorikan sebagai golongan yang miskin dan tidak berpendapatan rendah .Aku ingin memaparkan satu kisah berdasarkan pemerhatianku…
         
 Tanggal 22disember2011 sekitar jam 3 petang ……
Kelihatan seorang perempuan bersama seorang anak…….
Dia datang ke kedaiku dengan menaiki sebuah motosikal yang boleh dikira sudah tidak mampu untuk dinaiki lagi jika dilihatkan secara logik akal daripada keadaan motosikal itu.Dia datang dan meminta kebenaran untuk mengutip sampah yang berlonggok –longgok dihadapan kedaiku dengan keadaan kusyen motosikal yang teramat uzur ditampal dengan guni beras ….lampu hadapan ,sisi yang sudah tidak kelihatan mentolnya...(pecah)….sungguh menyayatkan hati …..


Aku mengangguk kepala tanda setuju..Ku terpaku dan terkedu,, dalam fikiranku mula tertanya-tanya...Masih ada lagikah insan yang sanggup melakukan pekerjaan sebegitu ?....aku terdiam seribu bahasa …lidahku kelu tak berkata …tabahnya wanita itu,cekalnya hati wanita yang berada dihadapanku ini …tiada sedikit pun perasaan malu pada dirinya apatah lagi terlihat di wajahnya …demi mendapatkan  sesuap nasi ,demi mencari rezeki yang halal...Ya Allah ….dengan pakaiannya yang koyak rabak …sayu hatiku melihat keadaan wanita itu dan anaknya…rupanya masih ada lagi insan yang lebih malang sebegitu …..Aku bagaikan patung ..terpaku memandang kearah wanita tabah itu mengutip segala sampah sarap tanpa meninggalkan sebarang sisa …anak kecil itu melihat ibunya …mungkin anak itu mengerti apa yang dilakukan ibunya…peluh yang mengalir jelas kelihatan ….seakan menunjukkan akan kepayahan dan keletihan seharian wanita itu mencari rezeki…
Aku Ingin setabah dan seCEKAL wanita itu….~~~…….~~~

No comments:

Post a Comment