Sunday, December 25, 2011

                                          


                            >>,,Hatiku Berbisik,,<<


Menjadi yang sempurna itu bukan senang,menjadi yang indah itu bukan mudah . 

Apakah yang dimahukan atau apakah yang menjadi impian bagi seorang wanita seusiaku?.....belajar~berjaya~bekerjaya~bahagia …..itulah soalan yang sentiasa berlegar-legar dikotak fikiranku ….rentetan hidupku selama ini hanya mampu kukumpulkan berjuta-juta soalan yang sentiasa menjengah difikiran.Setiap ujian yang menimpaku selama ini yang kadangkala mengheret aku untuk merungkai satu-persatu maksud tiap satu ujian yang menimpa diri..kenapa aku diuji, dan kenapa pula aku yang diuji sebegitu?....padahal ianya bukan kemahuanku..
Adakalanya diri dan hatiku tidak mampu untuk menerima kesimpulan yang telah dibuat oleh otakku …Adakalanya juga diriku sudah mampu menerima sesuatu perkara yang terjadi tanpa perlu kuberfikir untuk kedua kali …apatah lagi untukku mengkaji lagi..

Friday, December 16, 2011

Resepi Cinta Ibnu Athaillah


Pertama: Rasa cinta kita kepada Allah yang luar biasa. Rasa cinta yang menggetarkan dinding hati. Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan mendalam kepada Allah. Cinta kepada yang selain dari-Nya akan lenyap dan terusir dengan sendirinya seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.

Kedua: Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat, sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana. Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah, maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain. Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain......

Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta..

Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''
 Astaghfirullah.
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.
Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?...

Thursday, December 15, 2011

INSYAALLAH MUJARAB!!!








KAPSUL DHAB....






       




           *DENGAN HARGA HANYA RM25.00 SAHAJA!!!
               * Untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci...
                   *Sila hubungi :0148014505(Ibrahim Abdullah)
         
                       

Friday, December 2, 2011



Ape yang kurasakan malam ini…??,,
  Fikiran mula berfikir..
…………………………………………………..
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………….    Kosong fikiranku malam ini..
                               Buzz!!!
                       



………………….-------------------……………………….
Tibe-tibe hatiku berbisik..





**hatiku gundah gulana
Jiwaku menangis tersiksa
Akibat menahan sebak didada
Yang selama ini terkunci penuh duka..

**Aliran mutiara jernih mula menitis
Memberi hangatan pada hati yang terguris
Fikiranku cuba untuk menangkis
Rasa yang tidak henti-henti untuk menangis..

**dikejauhan pantai mula menyapa
Terasa sedan sendu menusuk jiwa
Alangkah indahnya hidup jika hanya bahgia
Tetapi itulah hakikatnya hidup didunia yang fana..

**hatiku tidah pernah berhenti berbicara
Berbicara tentang suka mahupun duka
Kisah baru atau dahulu kala
Ianya tetap bersemadi selamanya…                   


     ....................~Nukilan Abadi~tuan Blog......910509

Saturday, November 26, 2011

 
  




Salam Maal Hijrah 1433....
DOaku moga Ianya Akan memberi 1OO1 permulaan penghijrahan yang beerti buat diriku
jua teman-teman sekalian..Salam tahun baru ISLam...

Sunday, October 23, 2011

Indahnya Memaafkan & Menahan Marah

Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)


Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)


Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)


Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)


"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)


"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22).....