Monday, February 14, 2011

KATA-KATA HIKMAH**


[Image]1. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masih hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda dibelakang hari.Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat,tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri,sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasik dan jahat,sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.
2- Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada dibelakangmu sebagaimana yang anda kenal kepada nya dimasa berdepan denganmu.Harapan semacam itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.
3.# Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh masalah berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar meninggalkan rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam kerosakan.
4.# Ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh orang-orang yang berbahagia itu akan selalu dianugerahkan kepada yang mendakap mesra
keimanan dalam dadanya.
 Bahkan dengan ketenangan dan sakinah itu imannya akan
makin bertambah dan makin kukuh.

5.1. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapan mu, atau pun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraandan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itubelum tentu timbul dari hakikat batinnya

No comments:

Post a Comment